page kunci locker

Monday, August 1, 2011

Al-Fatihah...

Assalamualaikum

lama dah aku tak update.. harini aku nak update khas buat arwah bapa saudara aku yang baru sahaja meninggal dunia pada pukul 2 lebih pagi tadi.. malam ramadhan pertama arwah telah meninggalkan kami.. kawan2.. sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapa saudara aku ya.. semoga arwah dicucuri rahmat.. semoga rohnya tenang disana.. semoga dia bahagia disana.. semoga dia lepas dari sebarang siksa kubur.. semoga Allah ampunkan segala dosanya.. amin.. Al-Fatihah..


aku memang tak rapat sangat dengan arwah.. arwah tu bapa saudara aku yang jarang sangat aku jumpa.. lama dah aku tak jumpa dia.. tak ingat bila last jumpa.. tapi yang pasti dalam tahun ni ada jumpa.. aku memang tak rapat dengan arwah.. so aku tak ada gambar dia nak tunjuk kat kau orang... lagipun tak baik aku tunjuk gambar arwah.. dalam keluarga arwah... aku paling rapat dengan anak lelaki dia.. satu-satunya anak lelaki dia yang sekarang 18tahun dan juga isteri arwah..

dua orang tu jek aku rapat.. anak lelaki dia tu namanya gaddafi.. dia ni sepupu lelaki yang paling aku rapat.. selalu gak dia datang rumah aku.. lepak2.. tidur rumah aku.. masalahnya sekarang.. aku dah la rapat dengan dia.. tapi bila bapa dia meninggal.. aku tak ada dengan dia.. maaf epy.. aku cuma boleh doakan dari jauh jek..

maaf epy.. aku tak boleh nak call kau sekarang sebab aku tahu kau sedang bersedih.. lagipun aku takut nanti kau nangis.. aku tak kuat nak tahan perasaan sedih.. nanti lagi teruk perasaan sedih kau.. macam2 aku bayangkan dalam kepala otak ni.. epy.. aku harap kau kuat.. sabar banyak2.. kami semua sentiasa ada kalau kau perlukan bantuan kami.. itulah gunanya keluarga..



ni gambar aku dengan gaddafi.. anak arwah bapa saudara aku.. kau orang sedekahkan Al-Fatihah banyak2 kat arwah ayah dia ea.. terima kasih kepada yang baik hati sudi sedekahkan.. aku tak minta duit.. cuma Al-Fatihah buat arwah jek yang aku minta.. terima kasih..

p/s : kita semua yang bernyawa pasti akan mati.. tak akan ada yang terlepas.. banyakkanlah beramal.. harini kita sedekahkan Al-Fatihah banyak2 kat arwah.. nanti akan ada yang sedekahkan Al-Fatihah pada kita.. insyaAllah..

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

11 orang doakan kunci locker berjaya:

Myung Dae said...

Ucapan untuk dia dan sekeluarga. Moge segala yang berlaku mempunyai HIKMAH yang sangat besar. Moga2 juga terhindar dari siksaaan kubur dan api neraka insyaAllah (^_^)

zezolla_atin said...

takziah buat keluarga arwah

Farierahasanz said...

sesungguh nye dr allah kite dtg dan pada allah juga lah kite kembali . .

ade hikmah dan rahmat nye meninggal di bulan yg berkat nih .. harap keluarga dpt byk bersabar . .
redhakanlah pemergian nye , insyaallah arwah berada dlm kalangan org yg beriman =)

alfatihah ~

Ary ariasputera said...

takziah juga dari ary.. semoga rohnya dicucuri rahmat...

nurul diana said...

salam takziah dan semoga rohnya dicucuri rahmat :)

Eyda Syahida said...

takziah... kuatkan semangat ye?

I do I need Iman said...

takziah kpd gaddafi. harap dye sntiase bersabar n arwah ditempatkan org yg beriman.
not bad gaddafi tue ;p.
insyllh dye akn tabah.

Rizwan Ewan said...

wan pun nk ucapkn takziah kpda kluarga arwah kunci locker.. smoga..roh beliau d cucuri rahmat..amin

Azie Azman said...

salam takziah..
semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman
amin~