page kunci locker

Friday, November 25, 2011

nasihat dengan bahasa #3

Assalamualaikum

Kawan-kawan, ingat tak macam mana kisah Allah mula-mula mahu ciptakan manusia? Nabi Adam a.s. adalah ciptaan manusia pertama Allah dan melalui Nabi Adam a.s bersama isterinya Hawa lah kita semua manusia tersebar luar..

Allah ajarkan Nabi Adam a.s. apa sahaja yang ada dari lapisan ke-7 bumi hingga lapisan ke-7 langit.. Dari kuman hinggalah sebesar-besar gajah semuanya Allah ajarkan dan berikan ilmu kepada Nabi Adam a.s. nenek moyang kita itu..

Kita manusia tiada apa, ilmu pun dipinjamkan oleh Allah.. Allah yang ajarkan ilmu itu kepada Nabi Adam a.s. hinggalah ilmu itu tersebar luas bersama dengan akal fikiran manusia hari ini.. Tapi...

Kenapa kita leka? Kenapa kita alpa?

Betapa Allah sayangkan kita hingga segalanya diberikan kepada kita, pernah tak kita bersyukur? Pernah tak kita hargai? Kita malah merosakkan apa yang dianugerahkan oleh Allah kerana tamak dan takburnya kita.. Tidakkah kita nampak betapa sayangnya Allah kepada kita?? 

Pernahkah kita menangis kerana sayangnya kita kepada Allah? Berapa kali kita menangis dan cuba mendekatkan diri kepada Allah dalam sahari? Mungkin banyak, sekali atau tiada lansung dalam sehari itu.. Manusia.. Mudah alpa dan leka dengan harta dunia sedangkan Allah janjikan syurga sekiranya kita taat tetapi kita kejar neraka kerana tamak...

Renungkan, fikirkan betapa kita leka dan alpa..
~ Renung-renungkan dan selamat beramal ~

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

3 orang doakan kunci locker berjaya:

syera said...

ilmu yang manusia dapat ade yang disalahgunakan.

manusia memang leka dan alpa. and pelupa.

moga hati kita sentiasa dekat pada-Nya =)

CicakMan said...

sedangkan ada 7 hari... kita patut bersyukur.. Jom berubah sempena maal Hijrah!