page kunci locker

Thursday, August 18, 2011

kerana e-diary adikku #2

Assalamualaikum, dear diary.

Sudah dua hari berlalu selepas aku menulis di atas kau hari itu. Aku masih menanti kisah yang menarik untukku kongsikan bersama kau diary, dan hari ini aku sudah ada cerita yang menarik untukku kongsi bersama kau.

~ ehsan pak google ~

Diary, hari ini aku dapat sesuatu dekat sekolah. Aku dapat anugerah pemain chess nombor 1 kat sekolah. Bangganya aku, semua orang tengok aku naik atas pentas ambil hadiah. Semua tepuk tangan untuk aku, sedangkan selama ini tidak pernah mereka tepuk tangan untukku. Benar cakap mama, bila kita berusaha, Allah akan bagi kita ganjaran yang sangat besar hingga kita tidak sangka anugerah itu kita dapat dalam bentuk yang macam mana.


Cikgu semua bangga dengan aku. Ini merupakan kali pertama aku menyertai pertandingan ini dan aku sudah berjaya dapat anugerah. Aku bersyukur sangat.

~ ehsan pak google ~


Diary, tadi petang abang Amin ajak kami sekeluarga makan di restoran kepunyaan ayahnya. Sedap sungguh makanan yang dihidangkan. Oh ya diary, aku lupa nak beritahu kau yang abang Amin tu merupakan bakal abang ipar aku. Akak aku dan dia sudah bertunang dan akan bernikah hujung tahun ini. Sangat secocok mereka, nanti bila mereka berdua dan menikah, tinggallah aku, abah dan mama bertiga sahaja dirumah ini. Tapi abang Amin sungguh baik dan romantik orangnya. Bertuah akak aku kan, tapi aku lagi bertuah sebab ada akak yang baik.

Diary, dua minggu lagi aku akan menduduki peperiksaan percubaan PMR, aku harap sangat aku dapat keputusan yang cemerlang supaya aku dapat banggakan abah, mama dan akak. Aku nak sangat mereka gembira kerana aku. Biarlah aku tiada teman rapat asalkan aku memiliki mereka.

Diary, doakan aku ya. Sampai di sini sahaja untuk hari ini. Lain hari akan ku ukir lagi kisah di atas kau diary. Semoga aku berjaya, amin... ^_^

sincerely.

ery

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

4 orang doakan kunci locker berjaya:

Anonymous said...

okey,,kali nie nak komen,,
gud luck ea amik percubaan PMR tuu..
rajin2 ulangkaji tau ^^

Anonymous said...

drpd diari dtrjemahkn kpd blog :)

kunci locker said...

ini cerpen aku la... =.='

eyida said...

blajar rerajin ye..gud luck..