page kunci locker

Friday, January 6, 2012

kerana jaga aku, anakku derhaka?

Assalamualaikum


~ ihsan google ~

Apa yang aku nak share harini adalah pasal anak yang kena jaga orang tua mereka. Siapa yang ada pengalaman jaga ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali? Atau mungkin cucu yang kena jaga nenek atau datuknya? Ada tak?

Susahkan jaga orang tua ni, macam-macam masalah dan perangai yang pelik-pelik mereka bagi anak-anak rasa masa jaga dorang. Contoh perangai pelik seperti suka sarapan pagi kat kedai makan, kalau tak dapat 1 hari mogok tak makan. Suka buka tutup pintu tanpa sebab. Bila hujan, berlari main hujan. Macam-macamlah perangai pelik dorang..

Tu kira ok lagi yang masih sihat, kalau yang sakit duduk kat kerusi roda lagi teruk nak jaga dorang. Dengan berak kencing dorang nak kena bersihkan, mandikan dan macam-macam lagi. Lepas tu perangai dorang macam budak-budak, silap sikit nangis, mogok, mengamuk dan sebagainya.


~ihsan google ~

Hanya orang yang jaga orang tua sahaja yang faham macam mana susahnya jaga orang tua ni, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Sakit hati, perit. Kerana kita jaga orang tua, kita tidak boleh marah, benci.. Nanti di kata derhaka, kita tidak boleh tinggikan suara walau sedikit pun nanti di kata derhaka dan mungkin juga disumpah orang tua.

Apa yang boleh kita lakukan? Sampai bila mahu sabar? Nak cerita kat orang lain, takut disebarkan pula cerita yang bukan-bukan. Orang yang jaga orang tua ni ibarat di telan mati mak, di luah mati bapa. Tiada orang yang faham, orang hanya tahu mengata dan menghukum sahaja. Pernah ke cuba berada di tempat penjaga tersebut? Tidak, kerana itu mulut lancang dan celupar.

Tangis orang yang jaga orang tua, berat dan beban semua ditanggung sendiri. Masyarakat hanya tahu menghukum, bila marah orang tua. Masyarakat menghina, rakam video dan upload dalam youtube, dibuat cerita bukan-bukan sedangkan mereka tidak tahu kisah sebenar apa yang berlaku.


~ihsan google ~

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM?

Kenapa kita tidak membantu? Kenapa di biar dan kenapa di caci di hina? Sabar manusia ada tahap.. Pepatah ada mengata " seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, manakala seorang anak tidak mungkin boleh jaga salah seorang dari kedua ibu bapanya pun " Anak sibuk dengan anaknya sendiri, kerjaya dan masa depan, tidak mungkin boleh jaga, kita sendiri pun kalau disuruh jaga pasti akan gagal. Tapi kenapa kita suka menghukum sedangkan kita tidak merasa? Manusia tidak berfikir sebelum berkata-kata. 

Jaga orang tua itu sangat susah, janganlah kita yang melihat ini menghukum dan mengata sesuka hati. Bantu kalau boleh, sokong selagi mampu. Satu hari kita lalui benda yang sama, baru kita tahu langit itu tinggi ke rendah. Sekian ~~

Maaf Sekiranya Entri Hari Ini Kurang Menarik Dan Maaf Juga Sekiranya Ada Terkasar Bahasa Yang digunakan ^_^

7 orang doakan kunci locker berjaya:

aydah ahmad said...

kalau la ade anak yang pinggirkan parents dorang . no wonder laa if one day anak dorang akan buat bende yang sama sebagaimana dia buat pada parents dorang dulu .

p/s : gunakan kesempatan yang ada untuk berbakti pd ibu bapa :')
jangan menyesal bila mereka sudah tiada .

Noraien said...

setuju dengan aydah .Allah tue MAHA ADIL .pasti akan ada balasan di akhirat kelak .

Hargai lah parents anda selagi mereka masih ada ;)

kunci locker said...

betul tu, selagi boleh berbakti kita cuba..jgn jadi anak derhaka..hehe, tp sy agak terkilan ng masyarakat setempat yg berfikiran sempit dan negatif, yg hanya thu menghukum tidak cuba utk memahami...huhuhu

andak bushro said...

saya tak pernah jaga mak sbb dia meninggal scr mengejut dlm 1 kemalangan tahun lepas. tp pernah la jaga ayah masa lepas kemalangan tu. agak mancabar bila dia hilang ingatan. tp time tu, sy just fikir, dia jd mcm ni sbb pegi cri duit untuk sara sy adik beradik. so, sy kna jaga dia smpai dia smbuh. smua tu sbb dia dh bnyak berjasa kpd kami. seorang anak x patut abaikan tanggungjawabnya pd ibu n bapa. apa y kita buat pd ibu bapa kita semua akan dibalas oleh anak2 kita kelak. :)

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

Acu tgh jaga mak skrg...pas arwah ayah meninggal bln 7 thaun lepas acu lah jaga mak..tapi xlama lagik acu kne masuk sem ..hermm xtw lah sape leh jage mak.. adk brdk yg lain smua dh berkhwin ... rase nak jek bwk mak duk skali nanty`

Miss Butterfly said...

susah payah parents jaga kita sampai besar panjang, takkan kite takleh nak jaga dye kan? hurmmmm

eyda harap, eyda takkan tergolong dalam anak2 derhaka. insyaAllah.. :")



#selamat kembali KL ^^

Cik Yuyu said...

kena sayang dan hargai parents kita kan. dan jangan lupa doakan mereka. jum jadi anak yang soleh dan solehah! ^^