Assalamualaikum
Sajalah cari topik nak menulis, lama dah rasanya blog ni terabai, bukan nak kembali menulis sangat (ceh, tak mau ngaku rindu). Nak jengah-jengah je blog kita yang tak berapa nak ada-ada kat mata blogger dan orang sekeliling. ahak..
Tertarik untuk kongsikan video iklan ramadhan Samsung yang bertajuk "Siberturahim" ni. Penuh makna dan erti, dengan hanya video yang dihasilkan melalui whatsapp ini sahaja sudah mampu untuk memberi 1001 maksud yang sangat mendalam kepada diri orang yang menontonnya..
Bagi orang yang keluarganya bahagia, mungkin lihat ini sebagai pengajaran agar tidak jadi keluarganya begini nanti. Tetapi bagi orang yang betul-betul mengalami dan merasai kisah yang cuba video ini sampaikan, sudah pasti terasa sangat sedih dan menikam jiwa.
Bila tonton video ini buat kali pertama, apa yang mampu aku lakukan hanya titiskan air mata dan senyam, cuma Allah sahaja yang memahami isi di dalam hati hamba-Nya, semoga kita semua tabah, semoga ramadhan tahun ini membawa 1001 penginsafan dan kemaafan buat kita semua. Semoga redha Allah bersama kita.
Duhai ramadhan, usah pergi, duhai ramadhan, usah pergi. Bersamalah kami selama yang boleh agar kami dapat merasa nikmatnya ramadhan dan cintanya Allah pada kami. Waallahualam...
Jangan biarkan hubungan keluarga kita retak kerana hal dunia. Sesungguhnya Allah tidak suka hamba-Nya memutuskan hubungan silaturahim lebih-lebih lagi dalam keluarga sendiri. Tanya diri, tanya dalam hati, kenapa keluarga aku tidak seperti keluarga bahagia yang lain? Perbaikilah..